• Blog
  • Refleksi Saya ;)
  • TENTANG SAYA
  • Tugasan Saya
  • Blog Pendidikan

Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5

12/6/2014

42 Comments

 
Pendahuluan :

Pendidikan Seni Visual ini merupakan seni yang menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Untuk Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah ia lebih menegaskan kepada kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

Pendidikan Seni Visual mempunyai dua asas seni reka iaitu Unsur Seni dan juga Prinsip Seni. 
Picture
Ini merupakan asas-asas seni reka didalam pendidikan seni visual. Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna. Manakala untuk prinsip seni pula terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan, imbangan, gerakan dan kepelbagaian.
Didalam blog pendidikan saya ini , saya akan menyentuh tentang unsur seni iaitu garisan dan juga warna , manakala prinsip seni tentang harmoni dan juga kontra. 

Prinsip Seni 

Harmoni

Boleh diwujudkan dalam lukisan yang betemakan alam semulajadi. Harmoni dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan ualngan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan juga menarik. Penggunaan unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat menimbulkan nilai-nilai estetika.
Picture
Warna-warna pada daun ini yang contohnya menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton yang berbeza. 

Kontra

Kontra sangat mudah dikesan serta diwujudkan apabnila salah satu daripada unsur-unsur seni misalnya warna mempunyai pertentangan antara satu sama lain untuk memberikan kesan pada sesuatu karya yang telah dihasilkan. 
Kontra berkait rapat dengan prinsip rekaan seperti penegasan, lebih tinggi kadar kontra maka lebih menyerlah penegasan dalam sesuatu karya seni dihasilkan tersebut.
Picture
Kontra boleh wujud dalam pelbagai saiz, warna, bentuk , rupa , jalinan dan juga garisan.

Unsur-unsur Seni

Garisan

Garisan merupakan cantuman dari 1 titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi daripada pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta dapat menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan juga gerakan didalam pendidikan seni visual. 
Terdapat pelbagai jenis garisan :
1. garisan berombak
2. garisan berbiji
3. garisan berbulu
4. garisan berduri
5. garisan bergerigi
6. garisan berlingkar
7. garisan berpancar
8. garisan berserabut
9. garisan putus-putus
10. garisan zig-zag
11. garisan nipis
12. garisan berlorek
13. garisan tebal
Picture
Garisan boleh diubah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contohnya menggunakkan teknik gosokan, capan, pualaman , dan juga catan.

Warna

Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain. 
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier. 
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna.


Jenis-Jenis Warna

Warna Asas
Warna asas - merah, biru dan kuning


1.  Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya.

Picture
Warna Sekunder 
Warna sekunder - jingga, ungu dan hijau

1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. 
     Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

Picture
Warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
    warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada 
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f. merah ungu = merah + ungu

Picture

Warna Panas & Warna Sejuk

Picture
Warna Panas
1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan  sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas
Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti laut dan langit

Suhu Warna
1.Suhu warna merujuk kepada kesan pancaran cahaya panas atau cahaya sejuk

2.Warna panas (merah, kuning dan jingga) ialah warna yang mempunyai kesan terang atau panas dan kurang selesa atau dipandang. Warna panas mempunyai nilai kehebatan tinggi.

3. Warna sejuk (hijau, biru dan ungu) ialah warna yang member kesan redup, selesa dan tenang mata memandang. Warna sejuk memiliki nilai kehebatan rendah.

   
Ton Warna
1.Ton warna ialah nilai terang atau gelap sesuatu warna tertentu.

2.Ton warna dihasilkan dengan mencampurkan sesuatu warna dengan warna hitam atau putih.

3.Ton warna semakin gelap terhasil dengan mencampurkan warna hitam

4.Ton warna semakin cerah terhasil dengan mencampurkan warna putih
Picture
42 Comments
muhdi
12/10/2014 02:42:49 am

nice...

Reply
Yana lyka
12/18/2014 03:40:24 pm

Nice...penjelasan yang sangat jelas tentang jenis2 warna tersebut...good job,to u Afzan....keep it up ;)

Reply
hafiz
12/18/2014 03:41:08 pm

nice this blog

Reply
Ummi Sakinah
12/18/2014 03:46:24 pm

It's great ! Blog ni sgt membantu utk cari info, expecially in warm and cool shades. Thank you :)

Reply
farhan
12/18/2014 03:49:11 pm

penjelasan perkara asas yang amat teperinci dan mudah difahami.tahniah. :D

Reply
wan
3/6/2016 06:43:15 am

terima kasih atas perkongsian ilmu :*

Reply
NAZRIN.J
1/23/2019 07:50:56 pm

SEBAGAI SEORANG UMAT ISLAM, KITA HARUSLAH BERKAHWIN.....SEKIAN TERIMA KASIH

Reply
sem
2/11/2019 08:42:40 pm

lek ah seman

budak baik
5/16/2019 06:50:54 pm

tapi,apa guna klau curang??
tk tengok viral ke???

321
5/18/2016 06:23:04 am

好/赞

Reply
faiqah
9/6/2016 06:11:27 am

thanks for sharing just a nice info :)

Reply
afif
10/25/2016 06:41:39 am

boek ah akak ni

Reply
Darren
1/3/2017 02:00:34 am

very useful

Reply
VETHA
1/24/2017 05:03:34 am

Nice blog

Reply
hervin link
2/22/2017 11:09:13 pm

thank you so much

Reply
hervin link
2/22/2017 11:08:04 pm

thank you sharing just a nice info and very useful for me ...
thank you alot ... have a great life for you

Reply
darshinidevi link
3/13/2017 08:16:29 pm

suka no comment

Reply
ikhone
5/3/2017 07:02:19 pm

best... membantu untuk exam

Reply
irfan wajdi link
5/4/2017 06:44:47 pm

informasi ni amat membantu saya dlm menjalani peperiksaan akhir tahun.Nice

Reply
ayman haziq hensem link
5/4/2017 06:50:11 pm

saya rasa bangga dgn kamu irfan.irfan merupakan sahabat saya yang hebat dalam bab seni ini.dia selalu membantu say dlm belajar kerana saya selalu tido je dlm kelas. nice lah irfan

Reply
Ayman Tido link
5/4/2017 06:51:03 pm

Wah bagusnya kamu.Lepas ni saya nak belajar dengan kamu

Reply
Nabil link
5/4/2017 06:53:55 pm

wah.. ni lycan yang selalu disebut2 kan tu ya?
nice to meet you tauu.. ^_^

Reply
Ayman Tido link
5/4/2017 06:49:44 pm

Sebelum ni saya selalu tido je dalam kelas seni tapi selepas saya baca blog ni saya dah tak tidur.Sekarang orang panggil saya Ayman Celik

Reply
Nabil link
5/4/2017 06:51:55 pm

Closer in my count..
jangan tido faham tak faham???

Reply
aliff encem link
5/4/2017 06:53:01 pm

boleh!!!

Fedy
5/4/2017 06:56:06 pm

Ye saya faham awak..Lepas ni kita boleh la buat kerja sama2 k

Nabil link
5/4/2017 06:57:50 pm

Saya nak jadi Bwp dalam hati ayman...
lepas ni bolehlah bertugas sebagai orang yang tido dlm kelas,..
ayman ayam

Reply
bebefizx
7/2/2017 08:37:57 pm

good!!!!i lav itt!!

Reply
Quack-Quack
8/9/2017 10:30:04 pm

Apa yang di maksudkan warna asas mempunyai kuasa yang hebat? Dan apakah yang dimaksudkan nilai kehebatan?

Reply
sandy
10/28/2017 06:23:04 am

nice

Reply
vip link
3/1/2018 04:29:45 am

good

Reply
azwan
1/4/2018 05:21:34 am

good

Reply
Ain
5/19/2018 02:46:01 pm

Good .

Reply
Aieman
5/21/2018 10:24:36 pm

Memudahkan kerja sya...thankss

Reply
Anushri
5/22/2018 06:27:18 am

Very interesting

Reply
https://e-perkhidmatan.com
6/14/2019 05:46:29 pm

TQ Atas Perkongsian.....

Reply
anis
10/14/2019 01:02:50 am

nota ini sgt menarik

Reply
SYAKIR ZUFAYRI
10/14/2019 05:21:19 pm

fuck you

Reply
kujekmie
10/21/2019 04:09:03 pm

boleh lah tpi perlu tambah lagi sikit saja tajuk dan penerangan yang lebih hebat

Reply
Ig saye @natasyaryzal follow lah yer hahahaha
10/23/2019 12:25:59 pm

Nicee goodluck .. Artist artist sekalian !!!! (name tu siap boleh promote ig hahahaha)

Reply
no name
11/12/2019 12:00:03 am

jgn buat tulisan macam ni

Reply
N. A. Syuhadah
4/19/2020 09:43:17 pm

Terima kasih atas penerangan

Reply



Leave a Reply.

    Dr Fariza Br Khalid

    Nurul Izatul Afzan bt Ariffam
    21 tahun
    Fakulti Pendidikan , UKM 
    Bakal Guru anda :)

    Archives

    December 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.