• Blog
  • Refleksi Saya ;)
  • TENTANG SAYA
  • Tugasan Saya
  • Blog Pendidikan

Refleksi Minggu Keempat Belas

12/31/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum. 
Minggu ini merupakan minggu yang terakhir untuk kelas dan juga toturial berlangsung. Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar. Untuk kelas , minggu ini Mejar Jasmy telah hadir dengan pesanan-pesanan akhir dan juga sedikit tips-tips yang berguna untuk kami bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Di dalam kelas pada minggu ini juga , Mejar Jasmy telah meminta sebuah kumpulan dari Sukres untuk membuat pembentangan. Kelas yang berjalan selama satu jam tersebut telah berjalan dengan jayanya. 
Seperti biasa, pada jam 3.00 petang , kelas toturial akan diadakan di Makmal Komputer. Kelas toturial kami pada minggu ini diadakan sesi pembentangan bagi segala tugasan-tugasan kumpulan dan individu yang telah diberikan kepada kami. Alhamdulillah , saya dapat menyiapkan segala tugasan tersebut tepat pada waktunya dan membentangkan tugasan-tugasan tersebut pada rakan-rakan dan juga Dr Fariza. 
Saya belajar sesuatu yang baru di dalam subjek ini pada semester ini. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang dunia teknologi , kerana sesungguhnya ilmu itu kita perlu sentiasa terokai dan jangan pernah lelah didalam menimba ilmu.
Picture
Untuk tugasan Model 3D . Saya telah menghasilkan model tanah runtuh untuk digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran di dalam kelas.
Picture
Tugasan kulit buku. Untuk tugasan kulit buku. Saya telah mengilhamkan kisah saya sendiri untuk buku ini.
0 Comments

Refleksi Minggu Ketiga Belas

12/12/2014

0 Comments

 
Kelas pada minggu kedua terakhir bagi semester ini telah disyarahkan oleh En Yusoof bin Daud dengan tajuknya tentang Integrasi ICT Part 2. Sesungguhnya ICT merupakan suata perkara yang tidak asing lagi bagi kita pada zaman yang serba moden ini. Lagi-lagi bagi pelajar seperi saya. Segala-galanya memerlukan penggunaan ICT. 
En Yusoof menerangkan kepada kami isi-isi didalam intergrasi ICT. Integrasi ICT memerlukan jaringan internet sepanjang masa p&p atau semasa sebahagian p&p sahaja. Selain itu, En Yusoof turut menerangkan kepada kami tentang contoh-contoh aplikasi didalam integrasi ICT, tatacara, kelemahan dan kebaikan serta merumuskan segalanya.
antara contoh-contoh integrasi ICT adalah seperti Microsoft Office, Powerpoint. Office Open Source dan Google Presentation. Perisian-perisian ini kebanyakkannya sudahpun terdapat didalam komputer mahupun komputer riba kita. Hanya diperlukan semangat kita untuk meneroka dan menghasilkan sesuatu yang menarik daripadanya.

Bagi kelas toturial pada minggu ini pula terpaksa dibatalkan kerana saya difahamkan bahawa Dr. Fariza kini tidak berada di Malaysia tetapi berada di Istanbul kerana hal kerjanya. Oleh itu, kelas tutorial kami akan dijalankan pada minggu hadapan. 
Walaupun kelas tidak diadakan, saya menggunakan masa yang terluang ini untuk menyiapkan sedikit lagi tugasan-tugasan  bagi kursus Teknologi Maklumat ini.

See you soon :)
0 Comments

Refleksi Minggu Kedua Belas

12/5/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum W.B.T buat semua :)
Pada minggu ini kelas Teknologi Pendidikan telah dikuliahkan oleh En Yusoof. Didalam kelas pada minggu ini En yusoof telah menguliahkan kami tentang ICT. En Yusoof telah menunjukkan kami didalam kelasnya tentang Kajian menyenaraikan manfaat ICT dalam pembelajaran , apakah syarat memanfaatkasn ICT dalam pembelajaran, Bagaimana menggunakan ICT dalam sesi pembelajaran dan pengajaran seterusnya Dasar Teknologi Maklumat Negara kita.
Daripada penerangannya, saya dapat memahami bahawa seiring dengan kemajuan pada masa kini. Proses pengajaran dan pembelajaran juga sepatutnya menjadi maju seiring dengan waktu juga. Guru perlu sentiasa berfikir diluar kotak supaya dapat sentiasa menarik minat dan juga perhatian para pelajar untuk belajar. Guru perlu menjadi kreatif dan juga inovatif didalam proses pengajarannya.
Untuk kelas toturial Teknologi Pendidkan ini pula , seperti biasa kelas kami bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Didalam kelas pada kali ini Dr Fariza telah memberikan kami penekanan tentang pembentangan yang perlu kami lakukan bermula pada minggu hadapan dan minggu yang seterusnya iaitu minggu ke 13 dan juga minggu ke 14. Berdasarkan daripada perbincangan kami didalam kelas , kami telah sebulat suara bersetuju bahawa pada minggu hapadan iaitu minggu ke 13 kami akan membuat pembentangan tentang Blog Pendidikan, Model 3D manakala pada minggu ke 14 pula kami akan membentangkan Penulisan Ilmiah (kumpulan) , video (kumpulan) dan juga Kulit buku.
Selain daripada itu, Dr Fariza juga telah menunjukkan kami cara-cara untuk memasukkan CBOX kedalam Weebly kami. Dr Fariza telah menunjukkan caranya satu persatu dan kami mengikutnya. Alhamdulillah , kini weebly saya sudah mempunyai CBOX. Selepas itu , Dr Fariza meminta kami untuk mendaftarkan diri ke akaun 'Academia'. Menurut Dr Fariza , akaun ini akan memberikan banyak kelebihan kepada kami sebagai pelajar pada masa akan datang. Academia ini digunakan oleh seluruh pelajar diluar negara. Dr Fariza juga telah membawa contoh-contoh pembuatan kulit buku dan juga penulisan ilmiah oleh pelajar-pelajar yang lepas untuk memberikan inspirasi kepada kami. 
Saya sangat teruja ketika melihat contoh-contoh pembuatan kulit buku oleh pelajar yang lepas. Sangat menarik dan membantu saya untuk menambah idea bagi pembuatan kulit buku saya. 
0 Comments

Refeleksi  Minggu Kesebelas

12/5/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum para pembaca :)
Kelas dan tutorial Teknologi Pendidikan pada minggu ini telah dibatalkan diatas sebab-sebab yang tertentu dalam kalangan para pensyarah saya. Namun begitu, tidak mengapa walaupun kelas dan totur tidak diadakan pada minggu ini. Saya telah pulang dan mencuba menyiapkan tugasan-tugasan saya dan juga kumpulan bagi kurus ini. Hal ini kerana , sekarang sudah masuk minggu ke 11 dan saya hanya mempunyai 3 minggu sahaja lagi untuk memastikan segala tugasan-tugasan saya bagi kursus ini dapat dihantar kepada pensyarah dalam keadaan yang terbaik sekali. Oleh itu, saya tidak merasa rugi walaupun kelas telah dibatalkan , kerana saya dapat menggunakan masa tersebut untuk menyiapkan tugasan saya. 
0 Comments

Refleksi Minggu Kesepuluh

11/25/2014

2 Comments

 
Assalamualaikum.
Kelas pada minggu ini telah disyarahkan oleh Mejar Jasmy. Beliau telah berkongsi pengalaman beliau pergi ke Beijing pada minggh lepas. Beliau menceritakan kepada kami tentang seorang lelaki yang sudah berusia 90 tahun yang fasih berbahasa melayu dan telah menubuhkan sebuah fakulti bahasa melayu di salah sebuah universiti di Beijing. Mejar Jasmy juga turut memberitahu kami bahawa disana, terdapat univerisiti pengangkutan tidak seperti di Malaysia. 
Mejar Jasmy juga turut memberi penerangan  kepada kami tentang tugasan-tugasan yang perlu kami selesaikan sebelum tamat semester ini. Selepas memberikan penerangan tentang tugasan kami. Mejar Jasmy memulakan kuliah pada minggu ini. Tajuk kuliah pada minggu ini ialah Video Dalam Pendidikan . Mejar Jasmy menerangkan kepada kelas bahawa untuk menghasilkan sebuah video yang bagus itu memerlukan elemen yang betul. Elemen untuk menghasilkan video yang baik ialah seperti text, audio dan visual. Dengan adanya elemen-elemen tersebut maka, video yang baik akan dapat dihasilkan. selain itu, Mejar Jasmy turut memberitahu tentang ciri-ciri video. Ciri-ciri video ialah seperti manupulasi ruang, manipulasi masa, teknik gerak perlahan dan juga animasi. Sampai disini sahaja refleksi untuk kelas teknologi pendidikan pada minggu ini. 
Diantara tugasan saya iaitu membuat kulit buku.
Untuk refleksi kelas tutorial pada minggu ini pula , Dr Fariza telah memperingatkan kami semua tentang story board yang perlu kami siapkan bagi melengkapkan tugasan vidoe kumpulan masing-masing. Selain itu, Dr Fariza juga telah memberikan tajuk untuk penulisan kumpulan dan meminta kami untuk membahagikan kumpulan sendiri dan berbincang tentang tajuk yang ingin dipilih. Kami telah mmebuat pengundian supaya lebih adil dan kumpulan saya telah mendapat tajuk 'Facebook dalam Pembelajaran'. Selepas itu, Dr Fariza telah memberikan sedikit penerangan tentang cara ingin mengambil gambar dengan betul. Kerana, pada minggu ini kelas kami akan mengambil gambar untuk digunakan didalam pembuatan kulit buku bagi tugasan kami. Cara yang betul untuk mengambil gambar antaranya ialah :
1. look at eyes
2. use plain background
3. use flash outdoors
4. more in close
5. more it from the middle
6. lock the focus
7. watch the light
8. take some vertical pictures
9. be a director
Selepas Dr Fariza memberikan penerangan tentang cara yang betul untuk mengambil gambar, Dr telah membenarkan kami keluar daripada kelas selama 30 minit untuk mengambil gambar bagi kegunaan masing-masing. 
Ini adalah diantara gambar-gambar yang telah saya ambil.
2 Comments

Refleksi Minggu Kesembilan

11/25/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum W.B.T buat tatapan pembaca semua. Sedar tak sedar sudah sampai minggu kesembilan kelas Teknologi Pendidikan pada semester ini. Kelas pada minggu ini diadakan oleh En Yusoof dengan tajuk pengajaran iaitu tentang powerpoint design. Saya difahamkan oleh kawan-kawan saya bahawa kelas pada minggu ini diadakan sebentar sahaja diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, saya tidak dapat hadir ke kelas pada minggu ini kerana saya mengalami masalah kesihatan. Saya turut difahamkan bahawa kelas tutorial pada minggu ini juga tidak dapat dijalankan , akan tetapi akan digantikan pada hari dan waktu yang akan diberitahu semula. Itu sahaja refleksi saya untuk minggu ini. Sekian , terima kasih.
0 Comments

Refleksi Minggu Kelapan

11/18/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum W.B.T buat pembaca-pembaca....
Pejam celik , pejam celik kelas kini sudah berada didalam minggu kelapan. Hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi kelas dan juga tutorial akan dijalankan pada semester ini. Kelas pada minggu ini telah disyarahkan oleh En Md Yusoff Bin Daud. Didalam kelas pada minggu ini, En Yusoof telah memberikan syarahan tentang ELEMEN GRAFIK seperti Ruang, Garis dan juga Permukaan. Disamping itu, En Yusoof juga turut menerangkan tentang Prinsip Reka Bentuk Visual seperti simplisiti, Dominan, Pola, Seimbang, Variasi dan juga Harmoni. 

En Yusoof juga menerangkan tentang warna. Saya dapat menambahkan tentang ilmu yang telah sedia ada saya miliki tentang pelbagai jenis lagi elemen grafik yang disampaikan oleh En Yusoof didalam kelas pada minggu ini. Akan tetapi, kelas toturial pada minggu ini tidak dapat dijalankan kerana terdapat sedikit kekangan. Akan tetapi, pensyarah saya akan mengantikkan semula masa kelas kami yang tidak dapat dijalankan. 
0 Comments

Refleksi Minggu Ketujuh

11/2/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t 
Untuk refleksi minggu ketujuh ini, saya hanya akan menulis tentang refleksi saya didalam kelas sahaja. Hal ini kerana, kelas tutorial pada minggu ini tidak dijalankan kerana Dr Fariza tidak berada di Malaysia pada minggu ini. Kelas teknologi pendidikan  pada minggu ini sepatutnya disyarahkan oleh Mejar Jasmy. Akan tetapi, telah diganti oleh Dr Ahmad Zamri bin Mansor. Tidak mengapa, kerana syarahan yang diberikan Dr Ahmad Zamri juga tidak kurang hebatnya dengan syarahan Mejar Jasmy dan juga Dr Fariza. Kelas kami bermula sedikit lewat kerana terdapat masalah dengan LCD didalam bilik kuliah. Jadi kami terpaksa berpindah ke bilik kuliah yang lain bagi meneruskan kuliah pada minggu ini. Bilik kuliah yang baru keadaannya tidak jauh seperti berada di Alaska (seperti kata Dr Ahmad Zamri) . Keadaannya sungguh sejuk sehingga terasa ke tulang belulang. Namun begitu, kami tetap dapat meneruskan kuliah pada minggu ini. Dr Ahmad Zamri telah memberikan syarahan tentang Effective Presentation jika didalam malaysianya ialah Pembentangan yang efektif .
Dr Ahmad Zamri mempertontonkan kami semua sebuah slide tentang 'my maping'  . Beliau turut mengajar kami tentang cara untuk membuat pembentangan secara kumpulan yang efektif menggunakkan google drive. Ilmu tersebut dapat saya dan rakan-rakan jugakan sekirannya kami ingin membuat kerja-kerja pembentangan secara berkumpulan dan ketika itu berada di tempat yang berlainan. Kuliah saya pada minggu ini hanya berlangsung selama 30 minit sahaja tetapi padat dengan ilmu pengetahuan baru yang saya telah perolehi. Sekian , terima kasih.
Picture
Ini adalah Dr Ahmad Zamri , merupakan pensyarah kelas Teknologi Pendidikan pada minggu ke 7
0 Comments

Refleksi Minggu Keenam

10/23/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum , 
Refleksi pada minggu ini saya akan tulis tentang kelas sahaja, kerana kelas tutorial tidak diadakan pada minggu ini. Kelas pada minggu ini telah disyarahkan oleh Dr Yusoff. Akan tetapi , kelas pada minggu ini hanya berlangsung selama 30 minit sahaja kerana bilik kuliah kami mempunyai masalah dengan LCD. Akan tetapi . Dr Yusoff telah memberikan syarahan tentang tajuk Grafik dan Powerpoint. Seperti 2D dan 3D. Oleh kerana kelas yang dijalankan hanya seketika maka tidak banyak yang boleh Dr Yusoff berkongsi bersama kami. Sekian sahaja refleksi pada minggu ini ,
0 Comments

Refleksi Minggu Kelima

10/23/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum ,
Pada minggu ini , kelas teknologi pendidikan tidak diadakan kerana telah berlaku sedikit kekeliruaan dalam kalangan para pensyarah didalam penyusunan jadual. Akan tetapi , kelas tutorial tetap dijalankan seperti biasa cuma waktunya dilewatkan sedikit iaitu pada jam 3.30. 
Didalam kelas tutor pada minggu ini , Dr Fariza telah membincangkan tentang topik "Educational Techonology dan Instructional Techonology". Dr Fariza juga menerangkan tentang perbezaan antara Educational Techonology dan jugan Instructional Techonology. Selain itu , beliau turut menerangkan tentang domain-domain didalam Educational Techonology.
Pada minggu ini , Dr Fariza juga telah memberikan tugasan pantas kepada kami untuk dibincangkan didalam kumpulan. Dr Fariza telah memberikan 5 tajuk kepada setiap kumpulan. Terdapat 5 kumpulan yang ahlinya terdiri daripada 3 hingga 4 orang. 5 tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Papan putih, LCD , Graf , Poster dan Iklan. Kumpulan saya terdiri daripada 3 orang ahli iaitu saya sendiri , Hafizah dan juga Muhdi. Kami telah memilih tajuk 'GRAF'. Dr Fariza memberikan masa selama 3 minit untuk mencari maklumat tentang tajuk setiap kumpulan dan diminta untuk mrmbuat pembentangan dihadapan. Saya telah mewakili kumpulan saya untuk membuat pembentangan dihadapan. 
Antara aktiviti didalam kelas
Tajuk kumpulan saya
0 Comments
<<Previous
    Picture

    Sekilas Kenal

    Nurul Izatul Afzan Bt Ariffam 
    21 :)
    UKM . BANGI
    FAKULTI PENDIDIKAN
    KUANTAN / TERENGGANU

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.