• Blog
  • Refleksi Saya ;)
  • TENTANG SAYA
  • Tugasan Saya
  • Blog Pendidikan

Refleksi Minggu Kesepuluh

11/25/2014

2 Comments

 
Assalamualaikum.
Kelas pada minggu ini telah disyarahkan oleh Mejar Jasmy. Beliau telah berkongsi pengalaman beliau pergi ke Beijing pada minggh lepas. Beliau menceritakan kepada kami tentang seorang lelaki yang sudah berusia 90 tahun yang fasih berbahasa melayu dan telah menubuhkan sebuah fakulti bahasa melayu di salah sebuah universiti di Beijing. Mejar Jasmy juga turut memberitahu kami bahawa disana, terdapat univerisiti pengangkutan tidak seperti di Malaysia. 
Mejar Jasmy juga turut memberi penerangan  kepada kami tentang tugasan-tugasan yang perlu kami selesaikan sebelum tamat semester ini. Selepas memberikan penerangan tentang tugasan kami. Mejar Jasmy memulakan kuliah pada minggu ini. Tajuk kuliah pada minggu ini ialah Video Dalam Pendidikan . Mejar Jasmy menerangkan kepada kelas bahawa untuk menghasilkan sebuah video yang bagus itu memerlukan elemen yang betul. Elemen untuk menghasilkan video yang baik ialah seperti text, audio dan visual. Dengan adanya elemen-elemen tersebut maka, video yang baik akan dapat dihasilkan. selain itu, Mejar Jasmy turut memberitahu tentang ciri-ciri video. Ciri-ciri video ialah seperti manupulasi ruang, manipulasi masa, teknik gerak perlahan dan juga animasi. Sampai disini sahaja refleksi untuk kelas teknologi pendidikan pada minggu ini. 
Diantara tugasan saya iaitu membuat kulit buku.
Untuk refleksi kelas tutorial pada minggu ini pula , Dr Fariza telah memperingatkan kami semua tentang story board yang perlu kami siapkan bagi melengkapkan tugasan vidoe kumpulan masing-masing. Selain itu, Dr Fariza juga telah memberikan tajuk untuk penulisan kumpulan dan meminta kami untuk membahagikan kumpulan sendiri dan berbincang tentang tajuk yang ingin dipilih. Kami telah mmebuat pengundian supaya lebih adil dan kumpulan saya telah mendapat tajuk 'Facebook dalam Pembelajaran'. Selepas itu, Dr Fariza telah memberikan sedikit penerangan tentang cara ingin mengambil gambar dengan betul. Kerana, pada minggu ini kelas kami akan mengambil gambar untuk digunakan didalam pembuatan kulit buku bagi tugasan kami. Cara yang betul untuk mengambil gambar antaranya ialah :
1. look at eyes
2. use plain background
3. use flash outdoors
4. more in close
5. more it from the middle
6. lock the focus
7. watch the light
8. take some vertical pictures
9. be a director
Selepas Dr Fariza memberikan penerangan tentang cara yang betul untuk mengambil gambar, Dr telah membenarkan kami keluar daripada kelas selama 30 minit untuk mengambil gambar bagi kegunaan masing-masing. 
Ini adalah diantara gambar-gambar yang telah saya ambil.
2 Comments
seha link
12/4/2014 04:20:02 pm

Nice reflection friend!

Reply
Afzan
12/4/2014 08:40:07 pm

Tenkiu seha :)

Reply



Leave a Reply.

    Picture

    Sekilas Kenal

    Nurul Izatul Afzan Bt Ariffam 
    21 :)
    UKM . BANGI
    FAKULTI PENDIDIKAN
    KUANTAN / TERENGGANU

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.