Pendahuluan :
Pendidikan Seni Visual ini merupakan seni yang menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Untuk Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah ia lebih menegaskan kepada kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Pendidikan Seni Visual mempunyai dua asas seni reka iaitu Unsur Seni dan juga Prinsip Seni.

Ini merupakan asas-asas seni reka didalam pendidikan seni visual. Unsur seni terdiri daripada
Didalam blog pendidikan saya ini , saya akan menyentuh tentang unsur seni iaitu garisan dan juga warna , manakala prinsip seni tentang harmoni dan juga kontra.
garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna. Manakala untuk prinsip seni pula terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan, imbangan, gerakan dan kepelbagaian.Didalam blog pendidikan saya ini , saya akan menyentuh tentang unsur seni iaitu garisan dan juga warna , manakala prinsip seni tentang harmoni dan juga kontra.
Prinsip Seni
Harmoni
Boleh diwujudkan dalam lukisan yang betemakan alam semulajadi. Harmoni dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan ualngan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan juga menarik. Penggunaan unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat menimbulkan nilai-nilai estetika.
Warna-warna pada daun ini yang contohnya menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton yang berbeza.
Kontra
Kontra sangat mudah dikesan serta diwujudkan apabnila salah satu daripada unsur-unsur seni misalnya warna mempunyai pertentangan antara satu sama lain untuk memberikan kesan pada sesuatu karya yang telah dihasilkan.
Kontra berkait rapat dengan prinsip rekaan seperti penegasan, lebih tinggi kadar kontra maka lebih menyerlah penegasan dalam sesuatu karya seni dihasilkan tersebut.

Kontra boleh wujud dalam pelbagai saiz, warna, bentuk , rupa , jalinan dan juga garisan.
Unsur-unsur Seni
Garisan
Garisan merupakan cantuman dari 1 titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi daripada pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta dapat menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan juga gerakan didalam pendidikan seni visual.
Terdapat pelbagai jenis garisan :
1. garisan berombak
2. garisan berbiji
3. garisan berbulu
4. garisan berduri
5. garisan bergerigi
6. garisan berlingkar
7. garisan berpancar
8. garisan berserabut
9. garisan putus-putus
10. garisan zig-zag
11. garisan nipis
12. garisan berlorek
13. garisan tebal
1. garisan berombak
2. garisan berbiji
3. garisan berbulu
4. garisan berduri
5. garisan bergerigi
6. garisan berlingkar
7. garisan berpancar
8. garisan berserabut
9. garisan putus-putus
10. garisan zig-zag
11. garisan nipis
12. garisan berlorek
13. garisan tebal
Garisan boleh diubah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contohnya menggunakkan teknik gosokan, capan, pualaman , dan juga catan.
Warna
Pengenalan Warna
1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna.

Jenis-Jenis Warna
Warna Asas
Warna asas - merah, biru dan kuning
1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya.

Warna Sekunder
Warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu
Warna Panas & Warna Sejuk
Warna Panas
1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

Warna Sejuk
1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti laut dan langit

Suhu Warna
1.Suhu warna merujuk kepada kesan pancaran cahaya panas atau cahaya sejuk
2.Warna panas (merah, kuning dan jingga) ialah warna yang mempunyai kesan terang atau panas dan kurang selesa atau dipandang. Warna panas mempunyai nilai kehebatan tinggi.
3. Warna sejuk (hijau, biru dan ungu) ialah warna yang member kesan redup, selesa dan tenang mata memandang. Warna sejuk memiliki nilai kehebatan rendah.

Ton Warna
1.Ton warna ialah nilai terang atau gelap sesuatu warna tertentu.
2.Ton warna dihasilkan dengan mencampurkan sesuatu warna dengan warna hitam atau putih.
3.Ton warna semakin gelap terhasil dengan mencampurkan warna hitam
4.Ton warna semakin cerah terhasil dengan mencampurkan warna putih